Isnin, 28 Februari 2011

Harga Barang Terkawal

Oleh SR, Alor Gajah

Hari ini kita perlu maklum bahwa harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar. Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.

Secara ringkas, harga runcit petrol, diesel dan gas memasak ditentukan seperti berikut :
Kos Produk Petroleum
1) Kos Operasi
2) Margin Syarikat Pengedar Produk Petroleum
3) Komisen Pemilik Stesen Minyak
4) Cukai Jualan
5) Subsidi
6) Harga Runcit

Mekanisma harga itu bersandarkan harga pasaran antarabangsa. Berasaskan harga antarabangsa itu, unsur kos operasi seperti kos agihan dan kos pemasaran serta cukai jualan diambilkira untuk harga sebenar. Di Malaysia, harga runcit minyak lebih murah daripada harga di negara lain oleh kerana kita memberikan subsidi dan pengecualian cukai jualan.  Demi menjaga kepentingan rakyat Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan