Isnin, 28 Februari 2011

Harga Barang Terkawal

Oleh SR, Alor Gajah

Hari ini kita perlu maklum bahwa harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar. Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.

Secara ringkas, harga runcit petrol, diesel dan gas memasak ditentukan seperti berikut :
Kos Produk Petroleum
1) Kos Operasi
2) Margin Syarikat Pengedar Produk Petroleum
3) Komisen Pemilik Stesen Minyak
4) Cukai Jualan
5) Subsidi
6) Harga Runcit

Mekanisma harga itu bersandarkan harga pasaran antarabangsa. Berasaskan harga antarabangsa itu, unsur kos operasi seperti kos agihan dan kos pemasaran serta cukai jualan diambilkira untuk harga sebenar. Di Malaysia, harga runcit minyak lebih murah daripada harga di negara lain oleh kerana kita memberikan subsidi dan pengecualian cukai jualan.  Demi menjaga kepentingan rakyat Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya.

Antara Fakta dan Auta

Mahaguru Putar Alam Sejagat

Anwar Ibrahim selalu mencanangkan bahawa pada zamanya dari tahun 1991-1998 ketika menjadi Menteri Kewangan dia telah berjaya mengawal harga minyak negara dengan baik. Sememangya kita tidak nafikan bahawa pada ketika itu hatga minyak terkawal dengan baik. Namun yang demikian mari kita mengkaji keadaan yang mungkin kita tidak perasan selama ini. Menurut laman web sejarah harga minyak, purata harga minyak dunia ketika itu dalah lebih rendah berbanding ketika ini. Pada tahun 1996 harga minyak dunia telah meningkat purata kepada USD 21 setong namun pada pertengahan tahun 1997 harga minyak Dunia telah menurun kepada USD 11 setong dan kerana ini lah pada ketika itu harga minyak di Malaysia dapat dikurangkan. Jelas disini kita dapat lihat harga minyak yang turun ketika itu bukanlah sebab Anwar Ibrahim tetapi adalah sebab dipengaruhi oleh harga minyak Dunia pada ketika itu.

RON Menang Selesa di DUN Merlimau

Oleh MM

Wira Malaysia mengucapkan tahniah kepada Calon BN di Merlimau, En Roslan Bin Datuk Ahmad @ RON yang akan bertanding bagi DUN N27 Merlimau. Secara ringkasnya beliau adalah anak tempatan jati Merlimau yang diharapkan dapat membawa transformasi kepada DUN ini apabila dipilih oleh rakyat pada 6 Mac 2011.

RON telah menawarkan diri untuk bertanding kerana menjadi niat murninya untuk berbakti kepada penduduk dan pengundi-pengundi Merlimau sebagai wakil rakyat nanti, beliau akan cuba merealisasikan tanggungjawab dan tugasnya seperti yang pernah di laksanakan oleh Allahyarham bapanya sebelum ini.

Warga Merlimau berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada RON sebagai calon di DUN ini.

Dari analisa awalan, peluang untuk RON menang dalam PRK ini adalah cerah dan ini terbukti dengan sokongan yang begitu kuat apabila kelihatan ribuan penyokong yang hadir semasa hari pencalonan pada 26 Feb 2011. Mereka yang terdiri dari komponen-komponen Barisan Nasional memaparkan sokongan padu pada RON ketika itu.

Wira percaya bahawa dengan bantuan jentera diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka, RON akan dapat memaparkan prestasi kemenangan yang cemerlang pada jam 8.00 malam 6 Mac 2011 yang mendatang.

Ahad, 27 Februari 2011

Nizar Vs Datuk Harun Din


Kenyataan Nizar mengenai Negara Islam ternyata amat bercanggah dikalangan ulama-ulama PAS...................

Betulkah PAS ingin mewujudkan Begara Islam Berlandaskan hudud???



Seperti yang kita maklum Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan perjuangan islam dan hasrat mereka tidak lain tidak bukan adalah untuk melaksanakan hudud di bumi yang tercinta ini, namun yang demikian adakah perjuangan ini benar?....mari kita saksikan

Isu Kalimah Allah.....Yang mana satu????



Dalam konteks penggunaan kalimah Allah sepertimana yang telah diluluskan penggunaanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Justice Lau Bee Lan telah mengundang pelbagai pendapat, namun dapat dilihat Anwar Ibrahim telah membuat pendirian dan menyokong kuat penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain......saksikan video ini......

Rabu, 16 Februari 2011

Habislah PAS ...Shah Rukh Khan bakal bantu kempen BN di PRK Merlimau !


Akhbar hari ini memuatkan kisah mengenai King Khan Bollywood Datuk SRK yang menjalani pengambaraan filem sequel  kedua  DON di   Sg Udang , Melaka .  Satu pengiktirafan kepada negeri Melaka pimpinan DS Mohd Ali Rustam kerana telah dipilih sebagai lokasi pengambaraan untuk filem terbaru SRK ini. SRK juga pada 2009 pernah menerima anugerah oleh TYT Melaka bergelar Datuk .

Adakah satu kebetulan pengambaraan filem DON dengan PRK Merlimau yang bakal bermula kempen pada 26/2/2011 ini ?  Apa yang KM Melaka ini sembang dengan SRK hingga 3 jam ??






Pelakon utama My Name Is Khan ini mengakui suka  negeri Melaka yang kerana terdapat pelbagai tempatan menarik & cantik .  Tetapi ada seorang itu mengaku nak jadi macam Shah Rukh Khan dan dok jaja lah dirinya di ceramah-cemrah dengan berkata " My Name Is Anwar , I'm not a terrorist.. hahaha -pb

Ahad, 13 Februari 2011


sanggup membawa anak-anak kecil semata-mata untuk mendengar cermah politik
kesian ................ sampai maknya pun tertidor...



..ambo pun tumpang tido sekali

Jentera Penerangan BN Bersiap Sedia Menghadapi Lawan

ANALISA PRU N27 DUN MERLIMAU


SIRI 1: ANALISA PRU N-27 DUN MERLIMAU

Keputusan PRU Ke 9 hingga PRU Ke 12

Perbezaan Keputusan PRU 11 dan PRU 12

Selama empat PRU berturut-turut BN telah menguasai Dun Merlimau dan PAS telah meletakkan calonnya sebanyak 2 kali, PKR dan Semangat 46 1 kali, kesemuanya tewas. Walaubagaimanapun, PAS berjaya peroleh undi yang melebihi 2,000 berbanding Semangat 46 dan PKR hanya mampu peroleh kurang daripada 1,500.

Ikuti analisa PRU N-27 Dun Merlimau akan datang...