Isnin, 28 Februari 2011

RON Menang Selesa di DUN Merlimau

Oleh MM

Wira Malaysia mengucapkan tahniah kepada Calon BN di Merlimau, En Roslan Bin Datuk Ahmad @ RON yang akan bertanding bagi DUN N27 Merlimau. Secara ringkasnya beliau adalah anak tempatan jati Merlimau yang diharapkan dapat membawa transformasi kepada DUN ini apabila dipilih oleh rakyat pada 6 Mac 2011.

RON telah menawarkan diri untuk bertanding kerana menjadi niat murninya untuk berbakti kepada penduduk dan pengundi-pengundi Merlimau sebagai wakil rakyat nanti, beliau akan cuba merealisasikan tanggungjawab dan tugasnya seperti yang pernah di laksanakan oleh Allahyarham bapanya sebelum ini.

Warga Merlimau berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada RON sebagai calon di DUN ini.

Dari analisa awalan, peluang untuk RON menang dalam PRK ini adalah cerah dan ini terbukti dengan sokongan yang begitu kuat apabila kelihatan ribuan penyokong yang hadir semasa hari pencalonan pada 26 Feb 2011. Mereka yang terdiri dari komponen-komponen Barisan Nasional memaparkan sokongan padu pada RON ketika itu.

Wira percaya bahawa dengan bantuan jentera diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka, RON akan dapat memaparkan prestasi kemenangan yang cemerlang pada jam 8.00 malam 6 Mac 2011 yang mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan